Powered by Blogger.

Friday 18 October 2013

Jantung Hati Mama & Abah

Nur Qistina Balqis amanah dari pengorbanan seorang insan untuk kami berdua tatang dan didik untuk menjadi seorang Hamba Allah yg akan berbakti untuk agama dan bonda nya sendiri, InsyaAllah.

3 bulan yang lalu, hati terdetik betulkah keputusan ini.. sanggupkah aku pisahkan ibu dan anak ini..bersediakah aku menjadi seorang ibu.. boleh ke aku uruskan anak.. sedangkan aku sendiri baru belajar untuk menjadi seorng isteri,,xmeragam ke si gadis kecil itu andai jauh dari bondanya..Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan kami.. tidak terkata bila perkataan "mama" keluar dr mulut kecil itu tanpa disuruh atau diajar.Tersangat bahagia..

Balqis yg bijak, sikit pun xmeragam seperti dia faham kenapa bondanya membuat pengorbanan sebesar ini. Ibu mana yang mahu terpisah dari anaknya, tapi desakan hidup yg memaksa.. demi masa depan si anak si bonda melepaskan pelukan bersama air mata. Yakinlah sayang..pengorbanan ini tidak akan sia-sia.

Jujur memang terasa berat di awal bulan pertama, mana tidaknya bangun pagi bukan suami ku dan diriku saja yang perlu aku uruskan. Si kecil itu juga perlu aku siapkan. Perlu di mandikan sebelum dihantar ke taska. Alhamdulillah, terlalu mudah untuk menguruskan Balqis. Sikit pun tak menangis mandi dengan air sejuk.

Hari-hari kami dipenuhi dengan keletah dan gelak tawa balqis. Hari demi hari semakin banyak perkataan yang die belajar. Alhamdulillah.. sekarang dah boleh sesuaikan diri sebagai ibu dan isteri. Untuk bonda balqis, tiada kate yg boleh diucapkan untuk pengorbanan ini. terima kasih kerana mempercayai kami. untuk suami tersyg ila, terima kasih abg sebab menyokong keputusan ila. terima kasih sebab banyak membantu ila dalam menyelesaikan kerja rumah. dan paling utama terima kasih sebab sudi jadi abah yang terbaik untuk balqis. Untuk anak mama, ya balqis bukan lahir dari rahim mama, tp percaya lah kasih sayang mama untuk balqis tiada sempadan. Moga balqis menjadi anak penyejuk hati bonda, mama dan abah.

No comments:

Post a Comment